eNutra

eNUTRA

From New Zealand – Khasiat Pertama Semula Jadi

Apakah Itu eNUTRA™

eNUTRA™ adalah kolostrum paling tinggi kualitinya di pasaran, mengandungi 25% IgG berbanding piawaian industri sebanyak 15%.

eNUTRA™ adalah produk nutriseutikal yang dicipta untuk membantu mengurangkan kesan penyakit serta masalah penghadaman yang tidak menyenangkan dan melesukan tubuh, akibat gaya hidup yang sibuk dan pengambilan makanan diproses yang telah hilang khasiatnya.

Apakah Kata Pakar Perubatan Tentang Kolostrum & Lactoferrin

Kolostrum mengandungi perencat bukan khusus, yang menghalang pelbagai penyakit respiratori. Kolostrum begitu dihargai kerana keberkesanannya melawan penyakit berbahaya di Asia yang berpunca daripada mutasi haiwan/manusia.
Dr. Shortridge, et. al.; Journal of Tropical Pediatrics

Manfaat ini disokong oleh penyelidikan yang dibuat di US Government’s Centers for Disease Control and Prevention in Atlanta, Georgia.
Dr. E. L. Palmer, et. al.; Journal of Medical Virology

Kolostrum mengandungi asid retinoik yang membantu melawan virus Herpes. Ia juga mengandungi Glikoprotein (kasein kappa) yang membantu meringankan sakit perut.
Dr. Raloff, Science News

Memperbaiki Sistem Penghadaman

Kajian ke atas sukarelawan menunjukkan pemuliharaan aktiviti biologi IgG (Imunoglobulin) di dalam rembesan penghadaman seorang dewasa yang mengambil kolostrum bovin melalui mulut; menunjukkan pengimunan enteral (usus) pasif bagi pencegahan dan rawatan ke atas penyakit usus akut.
Dr. L. B. Khazenson; Microbial & Epidemial Immunobiology

Kajian klinikal manusia: Faktor imun dalam kolostrum lembu, apabila dimakan, adalah berkesan melawan organisma penyebab penyakit di dalam saluran usus. Pengingesan imunoglobulin kolostrum bovin mungkin adalah kaedah baru untuk memberi perlindungan imun secara pasif, ke atas pelbagai penyakit berkaitan usus yang disebabkan oleh antigen (virus dan bakteria).
Dr. R. McClead, et. al.; Pediatrics Research

Melaraskan Fungsi Imun dan Meningkatkan Daya Imun

Kolostrum dan susu (daripada lembu dan manusia) merangsang sistem imun bayi baru lahir yang mana sehingga kini, protein yang tidak dapat dikenal pasti mempercepatkan proses pematangan Limfosit B kultur (sejenis sel darah putih) bagi menghasilkan antibodi.
Dr. Michael Julius of McGill University, Montreal; Science News

Proline-Rich Polypeptide (PRP), dalam kolostrum bovin, memiliki keupayaan yang sama untuk mengawal aktiviti sistem imun seperti hormon kelenjar Timus. Ia mengaktifkan sistem imun yang kurang aktif, dengan membantunya bertindak terhadap organisme penyebab penyakit. PRP juga bersifat antiradang dan dapat bertindak ke atas pelopor sel T bagi menghasilkan sel T pembantu dan sel T penindas.
Dr. Staroscik, et. al.; Molecular Immunology

Kolostrum merangsang tisu limfoid yang bermanfaat kepada mereka yang berusia atau yang mengalami kelemahan daya imun. Secara semulajadi, ia dimakan bagi meningkatkan sistem imun sejak awal kelahiran lagi (selamat dan berkesan). Pengambilan faktor imun melalui mulut adalah mudah, murah, bebas kesan sampingan dan jauh lebih bermanfaat dalam perubatan veterinar dan manusia, bagi memperbetulkan kelemahan daya imun.
Drs. Bocci, Bremen, Corradeschi, Luzzi and Paulesu; Journal Biology

Antibakteria

Kolostrum mengandungi banyak Interlukin-10 (agen perencat radang yang kuat) yang berkesan meredakan sakit sendi dan kecederaan.
Dr. Olle Hernell; University of Ulmea, Sweden; Science

Imunoglobulin (dalam Kolostrum) dapat meneutralkan kebanyakan bakteria, virus dan yis berbahaya.
Dr. Per Brandtzaeg; Annals of the New York Academy of Sciences

Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

enutra_drink (1)Apa Itu IgG? Dan Apakah Maksud 25%?
Kolostrum bovin mengandungi imunoglobulin yang dilepaskan ke dalam aliran darah sebagai respons terhadap jangkitan. Antibodi adalah bahan yang dihasilkan oleh sistem imun tubuh. Antibodi melekat pada bahan asing agar sistem imun dapat meneutralkannya.

IgG adalah yang paling mudah diperolehi di antara lima kumpulan utama imunoglobulin iaitu IgA, IgG, IgM, IgE dan IgD. Maka, IgG digunakan oleh profesional sebagai suatu asas bagi menentukan kualiti kolostrum. Biasanya 25% berbanding 15% menunjukkan bahawa kolostrum itu berkualiti lebih tinggi.

Bagaimana Kolostrum Berfungsi?
Kebanyakan organisma penyebab penyakit berjangkit memasuki tubuh menerusi membran mukus saluran usus. Untuk kekal sihat, adalah penting untuk kita dapat melawan serangan organisma penyebab penyakit seperti bakteria, virus (endotoksin), fungus, parasit, bahan cemar dan alergen.

Kajian atas kolostrum dan khususnya laktoferin, menunjukan peratusan yang tinggi, tidak diserap tetapi terus kekal dalam saluran usus di mana ia melawan organisma penyebab penyakit, sebelum ia menyerang dan menyebabkan tubuh dijangkiti penyakit. Antibodi dan imunoglobulin yang bakinya akan diserap bagi membantu proses pertahanan dalaman tubuh.

enutra_familyAdakah Kolostrum dengan Laktoferrin Selamat Untuk Keluarga Saya?
Kolostrum adalah selamat dan tidak membahayakan. Ia terhasil secara semulajadi sebagai makanan pertama dan pertahanan badan pertama untuk bayi. Adalah sukar untuk membayangkan makanan yang lebih asli atau lebih bermanfaat daripada kolostrum.

eNUTRA™ adalah 100% bebas daripada bahan pengawet, agen pelerai, pewarna, perasa, nutrien sintetik diperkaya, gula dan pemanis tiruan. Sebab itulah serbuk kolostrum ini kelihatan bergumpal – ini adalah biasa.

Mengapa Saya Sering Mendengar Kolostrum and Laktoferrin Dikatakan Makanan Pintar Semulajadi?
Kedua-dua makanan ini memiliki keupayaan pintar – fungsi mengawal daya imun; yang mengimbangkan sistem imun kita. Inilah yang menjadikan kolostrum, produk yang selamat diamalkan dan sebab mengapa ia dianggap anugerah semulajadi paling berharga untuk kesihatan manusia.

Saya Seorang Vegetarian. Saya Tidak Memakan Sumber Haiwan.
Sejak beribu-ribu tahun, diet vegetarian Rishi (ketua keagamaan di India) turut merangkumi kolostrum. Hari ini di India, penjual susu menghantar kolostrum kepada golongan kaya. Menariknya, lembu dianggap sebagai dewa di India. Kolostrum sebenarnya bukan haiwan atau tumbuhan, menjadikannya benar-benar unik. Kolostrum adalah makanan pertama dan utama untuk kehidupan – hadiah daripada eNUTRA™.