Kesejahteraan Satu Sikap

one2ufamily2

Membentuk Sikap ke Arah Kesejahteraan

ONE Community Worldwide percaya bahawa bagi mencapai kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan, ianya datang dari usaha yang bersungguh-sungguh bermula dengan merealisasikan kepercayaan itu dalam diri dengan sikap yang betul. Bermula dengan mengubah sikap terhadap menanamkan gaya hidup yang sihat dan pastinya cara anda berfikir, bertindak dan rasa akan berubah.

Kebiasaannya, dalam keadaan sibuk mengejar kejayaan, kita secara tidak sedar telah meletakkan diri dalam situasi yang penuh tekanan. Sebagai contoh, kekurangan waktu tidur atau/dan bersenam, masa makan yang tidak menentu, dan pemakanan yang tidak sihat selalunya telah menjadi rutin harian. Maka, kita perlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengurangkannya dan memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Gaya hidup yang sihat merangkumi keseimbangan terhadap berkerja rajin; masa berseronok dan masa berkualiti kita bersama orang yang tersayang. Ianya juga termasuk berfikiran positif sepanjang masa secara umumnya. Berada dalam keadaan tertekan setiap masa dan berfikiran pesimis akan hanya memberikan kesan negatif kepada tubuh badan kita. Sikap yang positif terhadap kesihatan akan menjauhkan diri kita daripada tekanan mental dan membantu menyediakan perlindungan yang penting terhadap banyak penyakit.